Monday, 18 March 2013

Resepi Kek Red Velvet

RESEPI KEK RED VELVET

Pengenalan

Resepi Kek Red Velvet juga dikenali sebagai resepi "kek baldu merah" dan merupakan sejenis kek manis yang terkenal dengan reka bentuk berwarna-warni seperti warna merah, merah gelap, terang atau warna merah-coklat. Kek ini biasanya dihiaskan dengan menambah aising berkrim dalam lapisannya. Aising yang paling gemar digunakan adalah aising vanilla berkrim dan aising keju krim. Tindak balas daripada serbuk koko bercampur dengan bahan berasid seperti mentega akan menghasilkan warna merah-coklat kek. Selain itu, pewarna makanan merah juga sering kali ditambah untuk menambahkan kecantikannya.

Kek red velvet sentiasa dialu-alukan di kalangan pelbagai kaum yang berbeza dengan memenuhi citarasa di samping keenakan kek tersebut yang dapat membuka selera sebagai pencuci mulut. Kek red velvet boleh disediakan untuk sebarang majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, majlis perkahwinan dan sebagainya. Kini, kek ini merupakan sejenis kek yang bakal menjengah kepasaran Malaysia disebabkan reka bentuknya yang cantik dilihat dan sedap dimakan.

Keenakan kek red velvet yang dihasilkan telah memberikan impak kepada masyarakat Malaysia sekarang disebabkan hasil kerja tangan yang sangat dinikmati. Penghasilan kek yang sedap ini adalah melalui proses yang teliti dan teknik yang bagus sekali. Kepelbagaian corak, rasa dan saiz untuk kek ini adalah menarik dan mendapat sambungan hangat di kalangan masyarakat Malaysia.



Bahan-Bahan untuk Kek

250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
15 gm serbuk koko
113 gm mentega (suhu bilik)
300 gm gula halus
2 biji telur saiz besar
1 sudu teh esen vanila
240 ml buttermilk
2 sudu pewarna merah
1 sudu teh cuka putih
1 sudu the soda penaik sodium

Bahan-Bahan untuk Aising Keju Krim
 

2 ketul (227 gm) keju krim (suhu bilik)
2 ketul (227 gm) keju Mascarpone (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising

360 ml double krim



Bahan-Bahan untuk Buttermilk
240 ml susu segar
1 sudu besar cuka




Cara-Cara untuk Membuat Kek
 1) Pertama sekali, campurkan tepung gandum, telur saiz besar, garam, serbuk koko, sodium, esen vanilla dan pewarna merah dalam satu mangkuk.

2) Panaskan ketuhar pada suhu 175 °C dan susun tetingkat di tengah ketuhar.


3) Gris dan alas 2 tin pembakar bulat bersaiz 9 inci.

4) Ayak bersama ke dalam mangkuk tepung gandum, garam, serbuk koko dan sebagainya.

5) Membuat buttermilk dengan mencampurkan cuka ke dalam susu segar dan kacau sekata. Ketepikan untuk beberapa ketika dan dicampur dengan pewarna merah.

6) Pukul atau putar gula dan mentega sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji dengan perlahan-lahan ke dalam dan pukul sekali lagi sehingga gebu.

7) Sementara itu, masukkan esen vanilla dan kacau sebati.

8) Kacau sebati pewarna merah di dalam buttermilk.

9) Seterusnya, masukkan 1/3 campuran tepung ke dalam adunan mentega dan kacau sekata. Selepas itu, masukkan pula 1/3 campuran buttermilk dan kacau sehingga rata. 1/3 campuran tepung akan dimasukkan secara berselangseli dengan campuran buttermilk.

10) Kemudian, campurkan cuka dan soda penaik dalam cawan. Masukkan campuran tersebut dalam adunan kek. Ketepikannya sehingga berbuih dan kacau sekata.

11) Masukkan adunan kek ke dalam dua acuan bulat sama rata dan bakar sehingga masak untuk 30 minit atau kek itu masak sepenuhnya.

12) Sejukkan kek semasa adunan kek masih masak. Selepas itu, bungkuskan kek dengan menggunakan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam sebelum dihias dengan aising berkrim (aising vanilla berkrim atau aising keju krim).

13) Akhirnya, kek akan dihiaskan dengan mengikut citarasa masing-masing. Belah memanjang setiap kek menjadi 2 keping dan sapukan aising berkrim dalam setiap lapisan. Kek ini dapat direka bentuk dengan cara yang berbeza.

Tips: Semasa membakar kek, sekiranya didapati bahagian tengahnya masih belum masak tetapi di bahagian atas kek telah cukup masak, letakkan sehelai aluminium foil di atas permukaan kek dan tambahkan lagi waktu untuk membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Kemudian cuba kek itu samada sudah masak atau belum. Sekiranya belum masak, langkah ini akan diteruskan sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil adalah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.

Cara-Cara untuk Membuat Aising Keju Krim
 
1) Pukul krim keju dan keju Mascarpone sehingga licin.

2) Kemudian masukkan asen vanilla dan gula aising. Pukul campuran itu sehingga licin.

3) Gunakan double krim yang masih sejuk dari peti sejuk tetapi bukan double krim yang telah lama dibiarkan di dalam suhu bilik.

4) Masukkan double krim sedikit demi sedikit sambil terus pukul sehingga sebati.

5) Sapukan aising keju krim pada kek dan hiaskan kek itu dengan mengikut kreativiti masing-masing. Konsistensi aising keju krim dapat memudahkan kerja-kerja untuk menghias kek.

Tips: cara terbaik untuk nyahbeku double krim dari peti ais adalah mengeluarkan kotak double krim dari peti ais dan tempatkan di dalam peti sejuk selama 12 - 24 jam sebelum digunakan.
Kesimpulan, kek red velvet didapati dengan meluas dengan koko, warna merah sebagai penghiasan. Koko campur dengan warna merah akan mendedahkan warna yang lebih cantik dan menarik perhatian. Ramai orang suka membuat kek red velvet sendiri untuk keluarga atau membuat perniagaan dengan menjual kek ini kepada pelanggan dalam restoran-restoran dan kedai roti. Ini boleh membuktikan resepi kek red velvet ini telah menjadi semakin terkenal dan boleh dijumpai di kebanyakan tempat.


Lihat Juga..

Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/